Periuk Meletup Ketika Live Jual Barang, Netizen Kutuk Program Jual Barang Cap Ayam


Pelbagai cara dan teknik pemasaran yang digunakan oleh peniaga untuk melariskan produk dan barangan jualan mereka.

Kadang-kadang ada segelintir dari golongan ini bukan sahaja sanggup menipu dengan mengatakan sesuatu barangan tersebut adalah sangat berkualiti, malah mereka juga langsung tidak menghiraukan aspek keselamatan atau risiko bahaya yang akan ditanggung oleh pengguna.

Dalam zaman yang segalanya mudah dan hanya di hujung jari ini, maka ramailah golongan wanita terutamanya terpengaruh dengan segala iklan dan promosi yang disiarkan dalam sebuah rancangan khas di sebuah stesen televisyen berbayar ini.

Untuk makluman, program tersebut memang dikhaskan untuk mempromosikan barang-barangan yang kebanyakannya adalah alat-alat keperluan di rumah.

Namun malangnya, baru-baru ini tular rakaman yang mendakwa barangan-barangan yang dijual di sini adalah tidak berkualiti dan semuanya 'cap ayam'.

Baca Juga :
Menerusi rakaman berdurasi 21 saat itu, seorang chef sedang membuat demo masakan menggunakan periuk yang dikatakan boleh menjimatkan tenaga sebanyak 80%.


Segalanya 'kantoi' apabila periuk yang dipromosikan itu meletup secara tiba-tiba ketika sedang bersiaran secara langsung. Apa lagi, ramai yang 'terkejut beruk' dengan insiden terbabit kerana selama ini telah ditipu hidup-hidup dengan pelbagai janji manis dari produk yang ditawarkan.

Disebabkan itu, netizen mula mendakwa barangan yang ditawarkan di sini sememangnya tidak berkualiti.

Ramai juga yang mengatakan ianya hanya gah pada nama dan ramai yang terpengaruh dengan cara pengacara yang cukup meyakinkan ketika bercakap mengenai produk-produk tersebut.

Siap ada yang berpesan, "Pesan pada mak-mak, isteri-isteri anda tolonglah jangan terpedaya dengan barangan yang dijual di sini. Padahal tak ada kualiti, jual pula dengan harga mahal."

Apa-apa pun dinasihatkan agar anda melakukan kaji selidik di internet ataupun dengan bertanya pada orang di sekeliling sebelum membeli sebarang produk atau barangan. Jangan mudah terpedaya dan jadilah seorang pengguna yang bijak, okay?

Harga rumah di Sabah kedua termahal di Malaysia



Kedudukan nombor dua itu disebabkan oleh peningkatan mendadak kos pembinaan rumah di Sabah sejak kebelakangan ini.

Harga rumah di Sabah kini merupakan yang kedua paling mahal di negara ini, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Abdul Rahman Dahlan.

Menurutnya, kedudukan nombor dua itu disebabkan oleh peningkatan mendadak kos pembinaan rumah di Sabah sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Ekspo Hartanah anjuran Persatuan Pemaju-Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) di Pusat Perdagangan Sabah di Likas dekat sini semalam.

Menurut Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (NAPIC) purata kenaikan harga rumah tahunan Malaysia adalah antara 9.96 peratus dan 12.3 peratus, manakala kenaikan harga rumah bagi Sabah sahaja ialah 8.05 peratus pada 2011 dan 13.11 peratus pada 2012.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, purata harga rumah di Sabah sekarang pula ialah RM382,160 seunit.

“Kebimbangan kita ialah peningkatan pendapatan di Sabah tidak berkembang seiring dengan kenaikan mendadak harga rumah,” katanya bagi menggambarkan semakin ramai yang tidak mampu memiliki rumah di Sabah.

Beliau berkata antara penyebab utama kenaikan mendadak harga rumah di Sabah ialah kos buruh dan alat pembinaan terus meningkat, semakin kurangnya kawasan tanah di kawasan perbandaran sedangkan pendapatan isirumah tidak meningkat seberapa.


“Di Sabah di mana sebenarnya terdapat keluasan tanah yang mencukupi sepatutnya harga rumah-rumah ini tidak meningkat mendadak sebegini.

“Sehubungan ini saya merayu kepada SHAREDA agar memberi kerjasama dan sokongan untuk melancar dan mempercepat pembinaan rumah-rumah mampu milik bernilai kos rendah dan sederhana,” katanya.

Tanggungjawab sosial

Katanya, para pemaju hendaklah juga memikirkan tanggungjawab sosial dan tidak hanya mengejar keuntungan semata-mata.

Menurutnya, pihak kerajaan pusat memang sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat dan bagi belanjawan tahun 2013 ini telah memperuntukkan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Pembinaan rumah mampu milik ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Kebangsaan, PRiMA dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Dari 2001 hingga 2012, kementerian saya telah pun membangunkan 91 Projek Perumahan Rakyat yang terdiri daripada 68,886 unit di seluruh negara, sama ada untuk sewaan pada kadar RM144 sebulan atau dijual terus pada harga RM42,000 seunit.

“Dari jumlah ini, sebanyak 11,531 unit dibina di Sabah yang merupakan penerima kedua terbesar projek perumahan rakyat selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” jelasnya.

Abdul Rahman juga menjelaskan sebanyak 12 projek perumahan rakyat melibatkan 6,235 unit masih sedang dibina di Sabah.

Statistik menteri itu menunjukkan kerajaan persekutuan hanya dapat membina purata 6,262 unit rumah rakyat setahun bagi tempoh 11 tahun dari 2001, dan itupun seperti diakui menteri berkenaan sebahagiannya masih lagi belum siap sehingga kini.

Sumber : SH

"Tidak perlu bimbang harga naik"







Shabery Cheek.



Kenaikan harga durian 'Musang King' dan nanas berikutan langkah mengeksport ke China tidak wajar dibimbangkan kerana ia sebenarnya membawa kebaikan kepada negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Apabila harga naik, ia akan menyebabkan lebih ramai orang yang ingin terlibat dalam sektor ini (penanaman durian dan nanas)," katanya mengulas kekhuatiran bahawa usaha kerajaan mengeksport durian dan nanas ke China akan mengakibatkan kenaikan harga.

Ahmad Shabery berkata, durian Musang King dan nanas bukanlah makanan asas rakyat Malaysia berbanding ayam, telur dan beras.

"Kalau sumber protein seperti ayam, telur dan beras naik harga, itu saya bimbang. Kalau harga nanas dan durian di Malaysia menjadi mahal saya tidak bimbang. Yang saya bimbang ialah kalau nanas dan durian Malaysia tidak ada harga," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan 'Livestock Malaysia2017' di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam rangka kerja ke China bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak berkuasa China bagi pengeksportan nanas buat kali pertama ke republik itu.

Baca :


Ketika berada di China, beliau turut mengumumkan bahawa Malaysia sedang berusaha untuk mengeksport Musang King ke China.

Ahmad Shabery berkata, ketika singgah di Hong Kong dalam lawatan ke Beijing itu, beliau mendapati harga Musang King mencecah RM800 sebiji.

"Di China (Musang King) RM200 sekilogram, bila ada musim boleh mencecah RM300. Perkembangan ini akan membuka mata para pemilik tanah, petani malah golongan muda bahawa ini adalah bidang yang boleh mereka ceburi.

"Kalau harga nanas kita tinggi, saya percaya bahawa orang tidak akan membenarkan lagi tanah mereka terbiar," katanya lagi.

Ahmad Shabery berkata masyarakat tempatan mempunyai banyak lagi pilihan durian selain Musang King seperti D24 dan durian kampung.

"Yang murah itu banyak. Jangan risau. Tapi kalau hendak durian yang premium, harganya tinggi kerana pasaran dan permintaannya tinggi," katanya. - Bernama

Pengeluar mahu gula dinaikkan 29 sen lagi







Harga gula mentah yang tidak stabil dan kejatuhan ringgit menjejaskan kestabilan syarikat pengeluar MSM Malaysia Holdings. — Foto oleh Andrew Scrivani/The New York Times

Pengeluar gula MSM Malaysia Holdings masih dalam perbincangan dengan kerajaan untuk menaikkan harga gula 29 sen sekilogram lagi bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini.

Kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), yang menguasai syarikat pengeluar itu, berkata harga gula mentah yang tidak stabil, ditambah dengan kejatuhan ringgit menyebabkan syarikat berdepan cabaran.

Baca :

  1. Kos sara hidup di Malaysia terendah di Asean
  2. Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan

“Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen per kilogram,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad seperti dilapor Bernama.

Pada 1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis dinaikkan 11 sen sekilogram, daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Kali terakhir harga gula diselaras adalah pada Oktober 2013. 

* Nota editor: Laporan asal yang menyebut 40 sen telah diperbetulkan seperti berita terkini daripada agensi Bernama 

Selepas maafkan Mahathir, pengguna media sosial sokong Izzah jadi PM

Ramai pengguna media sosial memuji kematangan Nurul Izzah Anwar menjawab soalan Nazir Razak.


PENGGUNA media sosial Malaysia rata-rata kagum dengan cara Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menjawab soalan mengenai kemaafan untuk mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab memecat ayahnya hampir 20 tahun lalu.

Soalan itu dikemukakan Pengerusi CIMB Nazir Razak, yang juga adik lelaki Perdana Menteri Najib Razak, di World Economic Forum di Phnom Penh, Kambodia, semalam ketika Izzah berucap mengenai evolusi politiknya.

Ramai yang memuji ahli Parlimen Lembah Pantai pembangkang itu selepas dia mengakui yang sukar bertentang mata dengan Mahathir untuk pertama kali selepas bertahun lamanya tidak berjumpa, tetapi penderitaan peribadinya perlu diketepikan demi kepentingan negara.

Mohammad Tazli Azizan, Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Dylan Raman semuanya memuji Izzah mengatakan yang dia mempunyai kualiti seorang perdana menteri.

“Saya tidak kisah sekiranya dia jadi perdana menteri kita nanti,” komen Tazli ketika gabungan pembangkang Pakatan Harapan masih belum menamakan calon perdana menteri mereka.

Dylan pula menulis: “Perdana menteri wanita pertama kita tidak lama lagi. Etika kerja, jujur, integriti, bijak dan disukai ramai.”

Seorang lagi pengguna Facebook Dr Aidiaahmad Ppsf berkata Izzah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan pada usia muda dalam jawapannya kepada Nazir.

“Pengajaran diterima. Jadi objektif dalam kehidupan anda, pastinya emosi boleh jadi panduan, tetapi bukan penggerak,” tulisnya.

Lee Siwe Hwa juga memuji sikap Izzah mendepani cabaran dalam bekerjasama dengan lelaki itu (Dr Mahathir) yang sudah lama dianggap sebagai musuh.

“Kata-katanya seperti boddhisatva. Dia dan emaknya mempunyai jiwa dan minda yang suci,” kata pengguna Facebook itu, merujuk kepada ibu Izzah, presiden PKR dan ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Baca Juga :
  1. Berhentikan Penjawat Awam Sekarang Atau Jadi Seperti Greece
  2. "Siapa Kata Bangsa Melayu Terseksa di Singapura ?"


Semantara itu, Alfred Lim pula menulis: “Memaafkan mudah tetapi untuk MELUPAKAN?”

Seorang lagi pengguna Facebook Bryan Seow menyoal Nazir sekiranya dia boleh memaafkan adiknya dengan mudah kerana layanan adiknya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ketika Nazir bertanyakan sekiranya memaafkan Mahathir ialah perkara mudah, Izzah berkata yang dia menerima semua orang untuk menjadi sebahagian daripada agenda perubahan selagi mana mereka jelas tidak ada justifikasi yang membenarkan kewujudan diktator atau autokrasi.

Katanya lagi dalam kembara mencari keadilan yang dipandu objektiviti dan belas ihsan, autokrat yang paling kejam pun boleh berubah.

Tambahnya, Mahathir ialah “diktator yang paling tidak disukai” tetapi dia masih bersopan dengannya kerana dia dibesarkan penuh adab.

Malah dia juga meraikan hari Valentine dengan Dr Mahathir dan isterinya selepas menjemput mereka ke majlis gala derma.

Mahathir kini bekerjasama dengan PKR dan parti pembangkang lain dalam usahanya untuk menyingkirkan Najib dari tampuk kuasa. Dia kini menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu parti dalam Pakatan Harapan.

Ayah Izzah, Anwar Ibrahim pernah menjadi timbalan perdana menteri untuk Mahathir. Dia kemudiannya dipecat pada tahun 1998 kerana dakwaan salah guna kuasa dan liwat. Anwar kini sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat keduanya. Pejam Kelip

SPRM Sita RM3juta Lagi Milik Suspek Utama



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita sejumlah RM3 juta termasuk wang tunai RM1.5 juta di rumah salah seorang daripada dua suspek yang ditahan Selasa lalu kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing bernilai lebih RM20 juta.

Sumber SPRM memberitahu, pihaknya turut membekukan deposit tetap berjumlah RM1.5 juta, yang dipercayai milik suspek utama yang berkhidmat sebagai pegawai Imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, Perlis.

"Dengan rampasan itu, ia menjadikan jumlah sitaan dan pembekuan setakat ini adalah RM6.57 juta. Kita percaya suspek mempunyai banyak lagi wang yang disorokkan dan kita yakin dapat mengesan wang tersebut dalam tempoh terdekat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 


  1. SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah
  2. 'Kami ubah kaedah siasatan untuk jerat jerung'



Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan perkara berkenaan.

Selasa lepas, seorang kontraktor bergelar Datuk berusia 53 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 malam manakala seorang lagi berusia 37 tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya pada pukul 9.30 malam.

Mereka dipercayai menjadi penjaga aset dan harta kepada suspek utama berkenaan.

Ia susulan penahanan tiga lelaki pada Isnin, termasuk pegawai kanan Imigresen yang bertugas di Padang Besar, Perlis, masing-masing berusia 37 dan 34 tahun serta seorang kontraktor berusia 48 tahun.

Mereka ditahan di sekitar Perlis dan Alor Setar kerana disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional yang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015.

Susulan itu, SPRM merampas wang tunai bernilai RM1.9 juta, lima kenderaan mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam tangan dan beg tangan berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta.

Jumlah mereka yang ditahan berhubung kes berkenaan setakat ini adalah sebanyak lima orang. - Bernama

Cuba PM rasai bergaji RM1,500 sebulan


Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sumber SH


Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjalani hidup dengan bergaji RM1,500 sebulan.

Katanya, Najib hanya perlu menempuhi sebulan sahaja bagi membuktikan kenyataannya bahawa kos sara hidup di Malaysia terendah dalam kalangan negara Asean.

Menurut Syed Saddiq, gaji RM1,500 itu dipilih berdasarkan purata pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia.

"Cuba beliau hidup dengan gaji RM1,500 sebagaimana kebanyakan rakyat Malaysia, cuba berbelanja dengan gaji sebanyak itu... boleh hidup tak, senang tak?," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada sidang media Pakatan Harapan di ibu pejabat Bersatu, di sini, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kos sara hidup terendah? Realitinya, rakyat terbeban]

Syed Saddiq berkata demikian, susulan kenyataan Najib yang dipetik sebagai berkata, kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara Asean mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.

Jelas Najib, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia. Pejam Kelip

Jemputan Rasmi Stadium Nasional Bukit Jalil Dapat Komen ‘Sinis’ Dari Netizen, Ini Respon Khairy Jamaluddin



Salah seorang menteri yang paling aktif di media sosial mestilah Menteri Belia & Sukan kita iaitu YB Khairy Jalaluddin. Selain facebook dan twitter, YB KJ juga sangat aktif di laman sosial instagramnya. Malah, yang paling tidak disangka beliau juga rajin melayan komen netizen yang pelbagai itu.

Dan baru-baru ini, YB KJ telah memuatnaik satu status untuk menjemput pemain amateur bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pelbagai komen diberikan netizen, dan cara YB KJ respond sangat win.

Baca Juga :


‘Merasmikan’ Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)



Bila YB KJ balas komen di facebook



Pergi baca berita, jangan malas




sumber : Twitter/Pejamkelip

KISAH ISTERI MENYESAL MINTA CERAI DENGAN SUAMI YANG TIDAK PANDAI MEMASAK



Seorang isteri yang sudah tidak tahan dengan sikap suaminya kerana sejak dari berkahwin 6 tahun yang lepas suaminya langsung tidak pernah dan tidak pandai memasak.


Si Isteri sangat cemburu dengan kawan-kawannya yang lain kerana telah berkahwin dengan lelaki yang rajin dan pandai memasak. Si isteri sering mengadu, menceritakan dan membuka aib suaminya kepada kawan-kawan sehinggakan dia ditertawakan.

Setelah si isteri sah bercerai dengan suaminya, anak-anak mereka yang seramai 3 orang telah dijaga oleh bekas suaminya dan si isteri pulak telah berkahwin dengan seorang lelaki yang rajin dan pandai memasak.

Cukup indah dan bahagia kehidupan si isteri di awal perkahwinan, dia tidak perlu memasak dan setiap hari dia dapat makan sedap-sedap yang dimasak oleh suami barunya.

Namun setelah mereka telah dikurniakan 3 orang anak, si isteri mula terkenang dan rindu akan bekas suami pertamanya. Setiap malam dia menangis dan terasa sedih kerana telah bercerai dengan suami pertamanya.

Dia juga sangat menyesal kerana telah membuka aib dan memalukan bekas suaminya kepada kawan-kawannya dulu.

Baca juga :



Si isteri sudah sedar, walaupun suami pertamanya langsung tidak pandai memasak namun kerja-kerja lain seperti membasuh dan menjemur kain, mencuci piring, membersihkan rumah, memandikan anak-anak, menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah, membeli barang keperluan rumah, menguruskan hal ehwal kereta, membayar bil-bil rumah, melipat kain, setereka baju anak-anak, membersihkan halaman rumah dan lain-lain dibuat oleh bekas suaminya berbanding dengan suami barunya yang hanya rajin dan pandai memasak tetapi kerja-kerja lain langsung tidak pernah dibuatnya.

Menyesal pun tidak ada guna… Bekas Suaminya sudah milik wanita lain…

Kisah ini bukanlah bermaksud hanya ditujukan kepada mereka yang bergelar isteri sahaja tetapi ianya juga kepada Suami-Suami serta pasangan-pasangan yang baru bercouple yang ada di Luar Sana…

Hargailah insan tersayang dan syukuri kelebihan yang ada pada pasangan anda kerana dalam dunia ini tidak ada yang sempurna. Pejam Kelip

Sekian dulu cerita ini….

Penjawat awam tidak lagi sokong BN?




GOLONGAN penjawat awam sememangnya menjadi penyokong setia kepada BN setiap kali PRU.

Namun akibat kos sara hidup tinggi, BN kemungkinan dilihat tidak begitu selamat lagi pada PRU kali ini kerana ramai pekerja kerajaan, terutama sekali peringkat bawahan mendakwa mereka kini hidup dalam keadaan tertekan.

Penjawat awam, yang berjumlah 15 peratus daripada keseluruhan pengundi bakal tentukan nasib BN dalam PRU yang dijangka diadakan seawal-awalnya September ini.

Menurut laporan China Press, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen dan mengadakan PRU14, apakah BN akan hilang lebih banyak kerusi berbanding PRU lalu?

Baca Juga :
  1. Umno parti paling bertoleransi
  2. Lebih 49,000 penjawat awam berisiko muflis, kata Cuepacs


"Seperti dilapor dalam Reuter, kehidupan rakyat jelata semakin perit sejak kerajaan mengurangkan subsidi kerajaan dan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kerajaan terpaksa melakukan demikian akibat kemerosotan pendapatan minyak dan gas.

"Jika penjawat awam dihimpit masalah kos hidup, kemungkinan dia tidak akan lagi beri sokongan kepada BN," lapor akhbar ini. Pejam Kelip

SH

Umno parti paling bertoleransi







Adnan Yaakob 


Umno merupakan parti yang paling bertoleransi dalam memastikan keharmonian kaum terpelihara sekaligus memastikan keutuhan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya terus kekal, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata semangat toleransi dan boleh berkompromi itu dapat dilihat apabila semua komponen parti dalam BN banyak mencapai kata sepakat termasuk dalam menangani isu berat.

Sebagai contoh, Adnan merujuk kepada percanggahan pendapat yang berlaku dalam BN berhubung pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Dewan Rakyat sebelum ini.

"Apabila pembentangan RUU 355 dibantah oleh parti komponen lain dalam BN, kepimpinan yang diterajui perdana menteri mencapai kata sepakat supaya RUU 355 itu dibentangkan secara persendirian.

Baca Juga :


"Begitu juga dengan cadangan untuk meminda Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 yang dibimbangi melibatkan status agama anak perkahwinan campur mendapat bantahan orang Melayu, kerajaan mengambil keputusan perkara itu ditangguhkan," katanya.

Adnan yang juga Pengerusi Umno Pahang berkata, demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Penyerahan Sang Saka Bangsa pada larian bendera sempena Sambutan Ulang Tahun Umno Ke-71 peringkat Pahang di Bangunan Umno Bahagian Kuantan di sini, semalam.

Beliau juga mengingatkan anggota parti keramat Melayu itu supaya sentiasa bersatu dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden kerana "kesinambungan perjuangan Umno bergantung kepada sikap saling memerlukan antara pemimpin dan akar umbi".

"Matlamat dan hala tuju parti hanya boleh dicapai apabila kepimpinan dan anggota dapat bersatu. Selagi kita bersatu, presiden boleh meneruskan kepimpinannya.

"Semua anggota perlu mempunyai matlamat yang sama iaitu mahu memastikan parti terus hidup dan menerajui negara bersama-sama dengan parti komponen," katanya.  Pejam Kelip

Sumber Bernama

'Hilang biasiswa JPA jika kritik kerajaan'



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu taklimat semalam memberi amaran kepada penerima biasiswa jabatan itu bahawa mereka mungkin kehilangan tajaan jika mengkritik kerajaan, lapor Sin Chew Daily.

Akhbar itu melaporkan, ia adalah antara enam amaran yang digariskan JPA kepada kira-kira 1,000 pelajar yang mendapat 9A + atau lebih dalam peperiksaan SPM dan menerima biasisiswa jabatan itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman dipetik sebagai berkata, kerajaan berhak membatalkan biasiswa kepada mana-mana penerima sekiranya mereka secara terbuka mengkritik kerajaan.

Baca Juga :


  1. PM Tidak Boleh Disaman Salah Guna Jawatan Awam
  2. Masalah kewangan berpunca daripada sikap rakyat


Tambahnya, kerajaan telah menyediakan dana kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran supaya dapat menimba ilmu dan menjadi profesional, oleh itu adalah tanggungjawab mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

Selain itu Zainal Rahim berkata kaedah-kaedah penajaan tahun ini kekal sama seperti biasiswa JPA yang lalu.

Pada tahun ini, biasiswa JPA hanya ditawarkan bagi pelajar dalam negara berikutan kekangan kewangan yang dikatakan berpunca daripada kejatuhan hara minyak. Pejam Kelip

Adam Rosly didakwa di mahkamah kerana beri kenyataan dan dokumen palsu

KETUA Pemuda PKR Amang, Datuk Adam Rosly dilapor didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan sedang dijalankan ke atas beliau.

Adam, 29 mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya selepas kertas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya pada hari Jumaat di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.


Hakim Mahkamah Seksyen telah mengenakan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua kesalahan yang dituduh ke atasnya.

Baca Juga :
  1. Tiada gunanya kita berpendapatan tinggi tetapi tidak gembira, kata Najib
  2. Lebih 49,000 penjawat awam berisiko muflis, kata Cuepacs

Adam didakwa telah melakukan kesalahan-kesalahan tersebut sekitar 10 Februari dan 22 Februari 2017. Pada 13 April yang lalu, Adam telah ditahan selepas hadir bagi membolehkan kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Adam pertama kali disiasat oleh SPRM pada 10 Februari 2017 selepas isu 'banglo Disneyland' miliknya dihebohkan kepada umum oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang mempersoalkan bahagian mana Adam boleh memiliki rumah banglo itu di Ampang dalam usia muda.

Adam dilapor mendakwa segala kekayaan yang dimilikinya adalah melalui perniagaan dan warisan daripada keluarganya. Pejam Kelip